Foto: Rusia menguji bedil misil balistik antara benua RS-24. Kredit: TASS
Foto: Rusia menguji bedil misil balistik antara benua RS-24. Kredit: TASS

Pengelakan Senjata Nuklear Dalam Kemungkinan Perang NATO-Rusia Hendak Menjadi Tanggungjawab "Paling Utama"

Pandangan oleh Ramesh Jaura

BERLIN (IDN) — "Kami menegaskan bahawa perang nuklear tidak boleh dimenangi dan mestilah tidak sama sekali berlaku," ikrar oleh ketua lima negara bersenjata nuklear—China, Perancis, Rusia, UK, dan Amerika Syarikat—dalam satu pernyataan bersama pada 3 Januari, dengan menambah bahawa mereka "menganggap pengelakan perang" di antara mereka dan "pengurangan risiko strategik" sebagai "tanggungjawab mereka yang paling utama". Lima negara bersenjata nuklear tersebut juga merupakan lima anggota tetap (P5) Majlis Keselamatan PBB, yang mempunyai tanggungjawab utama untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Kurang daripada tiga bulan selepas P5 mengiltizamkan diri mereka untuk "bekerjasama dengan semua negara untuk mewujudkan persekitaran keselamatan yang lebih kondusif hingga kemajuan dalam pelucutan senjata dengan matlamat mutakhir dunia tanpa senjata nuklear dengan keselamatan yang tidak terganggu gugat untuk semua," Presiden Rusia Vladimir Putin memutuskan untuk meningkatkan tahap amaran untuk kuasa nuklear negara itu.

Apa yang signifikan tentang keputusan itu diperkukuhkan dengan hakikat bahawa, menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) Buku Tahun 2021, Rusia memiliki bilangan senjata nuklear terbanyak—6,375 berbanding 5,550 milik Amerika Syarikat.

Tidak menghairankanlah, Setiausaha Agung PBB António Guterres telah mengecap keputusan Rusia sebagai "pembangunan terkini yang menusuk hingga ke tulang". Dalam pernyataan kepada Sidang Akhbar mengenai perang di Ukraine, beliau menyebut: "Kemungkinan konflik nuklear, kini kembali dalam kancah kemungkinan yang ia akan berlaku".

Sepuluh hari kemudian, pada 25 Mac, pegawai rasmi Amerika Syarikat memberitahu The Wall Street Journal bahawa Presiden Joseph R. Biden telah meluluskan dasar lama era Obama yang membenarkan kemungkinan respons senjata nuklear untuk menghindarkan bahaya senjata konvensional senjata dan bukan nuklear lain, selain daripada senjata nuklear. Dalam melakukan itu, beliau telah mengundurkan diri daripada ikrar kempen, ujar Daryl G. Kimball, pengarah eksekutif Persatuan Kawalan Senjata.

Pegawai Rasmi A.S. membayangkan bahawa dasar Biden akan mengisytiharkan bahawa "peranan asas" gedung senjata dan amunisi adalah untuk menghindar serangan nuklear. Dasar seumpama itu, pegawai rasmi itu berkata, akan membuka kemungkinan bahawa senjata nuklear juga boleh digunakan dalam "situasi genting" untuk menghindar serangan konvensional, biologi, kimia dan kemungkinan juga serangan siber oleh pihak musuh.

"Sekiranya laporan itu benar, Presiden Biden telah gagal untuk melaksanakan kempen 2020 beliau yang eksplisit untuk mengguna pakai dasar yang lebih terperinci dan lebih jelas mengenai penggunaan senjata nuklear, dan beliau pasti akan terlepas peluang penting untuk mengalihkan dunia kembali dari tebing nuklear," ujar Kimball.

Biden menulis dalam Hal Ehwal Luar Negeri: "Sepertimana yang saya katakan pada tahun 2017, saya percaya bahawa satu-satunya tujuan gudang senjata dan peluru Amerika Syarikat sepatutnya menghindar—dan, jika perlu, bertindak balas terhadap—serangan nuklear. Sebagai presiden, saya akan berusaha untuk menjadikan kepercayaan itu sebagai satu amalan, dalam perundingan dengan angkatan tentera A.S. dan rakan sekutu A.S."

Kimball mendapati bahawa perang Putin ke atas Ukraine, gertakan hayunan pedang nuklear beliau, dan dasar Rusia yang menguntukkan pilihan menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu dalam konflik dengan NATO "menekankan dengan lebih jelas lagi betapa berbahayanya untuk negara-negara bersenjata nuklear mengancam penggunaan senjata nuklear terhadap ancaman bukan nuklear". Tidak syak lagi, ia mengukuhkan lagi perlunya untuk "beralih dengan pantas dari pemikiran zaman Perang Dingin yang berbahaya tentang senjata nuklear".

"Biden jelas sekali telah gagal untuk merebut peluang beliau untuk mengecilkan peranan senjata nuklear dan gagal, melalui NPR (Semakan Postur Nuklear) beliau, untuk membezakan dasar nuklear A.S. daripada doktrin nuklear Rusia yang berbahaya yang mengancam penggunaan pertama nuklear terhadap ancaman bukan nuklear," tambah Kimball.

Beliau meneruskan: "Tiada senario ketenteraan yang boleh dipuji, tiada sebab boleh bertahan secara moral, tiada juga asas yang boleh diwajarkan kerana mengancam atau menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu—kalau ada pun."

Kimball menjelaskan lagi bahawa Presiden Reagan, Biden, Gorbachev, malah Putin sekalipun telah berkata, perang nuklear tidak boleh dimenangi dan mestilah tidak sama sekali berlaku. "Sebaik sahaja senjata nuklear digunakan dalam konflik di antara negara bersenjata nuklear, tiada jaminan yang ia tidak akan menyebabkan tindak balas nuklear dan peningkatan tembak menembak nuklear selagi mahu."

Persatuan Kawalan Senjata "dengan tegas sekali mendesak pentadbiran untuk menjelaskan bagaimana dasar pengiktirafan senjata nuklear Biden akan berbeza daripada doktrin nuklear berbahaya Rusia dan di bawah keadaan apa Amerika Syarikat mungkin percaya ia munasabah untuk memulakan penggunaan senjata nuklear untuk pertama kali semenjak tahun 1945”, apabila A.S. menggugurkan bom atom pertama yang digunakan di dunia ke atas bandar raya Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.

Shannon Bugos, juruanalisis dasar kanan di Persatuan Kawalan Senjata, telah meluahkan pandangan bahawa "NPR muktamad Biden seharusnya juga membalas komitmen panjang yang selama ini dicurahkan oleh A.S. untuk secara aktif mengusahakan pengurangan selanjutnya yang boleh disahkan dalam timbunan simpanan nuklear Amerika Syarikat dan Rusia, dan mencari untuk mendapatkan keterlibatan China dan negara-negara bersenjata nuklear lain dalam usahasama pelucutan senjata".

"Realiti yang menyedarkan," ujar beliau, "adalah ia mengambil beberapa ratus senjata nuklear strategik A.S. atau Rusia untuk memusnahkan kapasiti ketenteraan masing-masing, membunuh insan tidak berdosa, dan menghasilkan bencana iklim ke seluruh planet".

Mengekalkan kesamaran tentang menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu sesungguhnya adalah "berbahaya, tidak logik dan tidak perlu", kata beliau memberi amaran.

Rebecca Johnson, pengarah Institut Akronim untuk Diplomasi Pelucutan Senjata, meminta pandangan setiap seorang tentang Demokrasi Terbuka: "bagaimanakah kita menjadi percaya balik bahawa perang nuklear ada kemungkinannya? Mengapakah 'penghindaran nuklear' tidak dapat menghentikan ini daripada berlaku? Dan apa pula yang akan datang seterusnya?"

Perkara pertama untuk difahami, ujar beliau, adalah bahawa penghindaran menjadi sebahagian rutin kebanyakan strategi pertahanan. "Penghindaran adalah satu perhubungan, bukan sekadar sifat ajaib yang terlampir pada bom nuklear. Komunikasi adalah kunci kepada kejayaan atau kegagalan mana-mana strategi penghindaran; tidak kiralah apa ancaman atau senjata yang dihayun-hayunkan, penghindaran gagal apabila satu atau lebih protagonis salah mengira atau salah faham mana-mana satu situasi, isyarat atau niat pihak yang satu lagi. Untuk bergantung kepada senjata nuklear, walau bagaimanapun, ialah satu perjudian yang berisiko memusnahkan seluruh dunia."

Namun begitu, tiada tanda yang menunjukkan negara berkuasa nuklear bergerak dari penghindaran. Selanjutnya, India, Pakistan, Israel dan Korea Utara tidak nampak sebarang sebab untuk melepaskan gudang senjata dan peluru milik mereka iaitu masing-masing sebanyak 156, 165, 90 dan 40-50.

Lima negara kuasa besar nuklear menyatakan dalam bulan Januari menegaskan lagi komitmen ke arah kewajipan Perjanjian Pelucutan Senjata Nuklear (NPT) mereka, termasuk kewajipan Article VI mereka "untuk mengusahakan perundingan dalam niat baik ke atas langkah-langkah berkesan untuk menghentikan perlumbaan senjata nuklear pada awal tarikh dan untuk pelucutan senjata nuklear, dan dalam perjanjian ke atas pelucutan senjata am dan menyeluruh di bawah kawalan antarabangsa yang ketat dan berkesan". Tetapi ikrar ini masih belum dipenuhi.

Sebagaimana yang Dr M.V. Ramana, Profesor dan Pengerusi Simons Chair dalam Pelucutan Senjata, Global & Keselamatan Insan dan Pengarah, Institut Liu untuk Isu-isu Global di Sekolah Dasar Awam dan Hal-ehwal Global, University of British Columbia, Vancouver, memberitahu IDN, kewajipan untuk melucutkan senjata digunakan bukan sahaja ke atas negara-negara bersenjata nuklear di bawah NPT, tetapi juga empat negara lain itu.

Dalam tahun 1996, Mahkamah Keadilan Antarabangsa sebulat suara menyatakan bahawa "Wujud satu kewajipan untuk mengusahakan dalam niat baik dan membawa kepada perundingan konklusif membawa kepada pelucutan senjata nuklear dalam semua aspek di bawah kawalan antarabangsa yang ketat dan berkesan". Kewajipan tersebut digunakan ke atas semua negara, ujar beliau.

Satu cara nyata untuk menyelesaikan kemelut semasa adalah menandatangani Perjanjian PBB ke atas Larangan Senjata Nuklear (TPNW) dan menghapuskan beribu-ribu senjata dalam gudang senjata dan peluru mereka. Ancaman untuk menggunakan senjata nuklear—oleh Rusia atau A.S.—adalah jauh daripada membantu.

Pakar kawalan senjata api Miles A. Pomper, Sekutu Kanan, James Martin Center for Nonproliferation Studies, Middlebury, melihat perang di Ukraine sebagai "ketegangan yang ditambah tetapi bukan tamparan hebat ke atas sistem yang telah membantu menyelamatkan dunia daripada pemusnahan nuklear". Sistem itu telah berevolusi sepanjang dekad-dekat yang berlalu dan membolehkan pegawai rasmi A.S. dan Rusia untuk memantau sehampir mana pihak yang satu lagi akan melancarkan serangan, tambah beliau. [IDN-InDepthNews – 21 Mac 2022]

Foto: Rusia menguji bedil misil balistik antara benua RS-24. Kredit: TASS